Want your
own Fotopage?







 
iskandar's FotoPage

By: iskandar fahri

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Thursday, 19-Nov-2009 03:43 Email | Share | | Bookmark
jamuan akhir tahun 2KI dan 1BA smk tmn dato harun

tengah beratur ambil makanan
banyaknya benda nak dimakan
cikgu2 pun dapat makan juga
peace!cikgu suraya
aik...nk bergambar jugak..
ramainya peminat
amboi...syoknya
anak2 didik 2KI
geng mana la ni...
yeahhh...last day in last semester...anak2 murid dah mula bising nak jamuan.maka,sibuklah aku dan suraya mengutip dan menyediakan jamuan.jadilah nasi beriyani , ayam goreng berempah, dalca, dan macam2 lagi....uih...sedapnya nasi ni....siapa masak?mestila order kat kedai bawah ni....

hem,dah habis tahun pun.aku pun lega sesangat dapat selesaikan semua ni.....okey...layan gegambar ni yek....

Care to comment?


Friday, 16-Oct-2009 00:11 Email | Share | | Bookmark
Restoran D'Ilham

ni le restorannya
chef sharizan dan anak
mee kari?emm..sedapnya
mama...kami nk inteprem jugak..
Penat dah menaip dalam ni,rasanya dah 3x wat benda yg sama tapi setiap kali upload je mesti jem....aduhai.....
ni tentang sebuah restoran yang terletak di Sg Chua, Kajang..macam-macam ada.mee kari,laksa,tomyam dan seadanya..mereka juga menyediakan khidmat katering.murah lagi antara RM 8.00 ke atas untuk setiap satu kepala.huiiiii....mana nak dapat harga mcm ni kat sini.menu?jgn risau blh dirunding dan cuba lihat di bawah pasti terliur punya....

SET A (RM 8.50/ MIN 20 PAX)
nasi tomato
ayam masak merah/ayam masak tomato/ayam gulai lemak
daging kurma/daging masak berempah/daging masak hitam
dalca campur (ayam/daging)
acar buah/acar jelatah/acar limau
air asam

SET B (RM 8.50/ MIN 20 PAX)
nasi beriani gam/nasi beriani masala
ayam goreng berempah/ayam masala/ayam madu
daging masak berempah/daging masak hitam/daging kurma
dalca campur (ayam/daging)
acar buah/acar jelatah/acar limau
air asam

SET C (RM 8.00/ MIN 20 PAX)
nasi minyak
semua jenis masakan

SET D (RM 8.00 / MIN 20 PAX)
nasi gajus
ayam goreng berempah/ayam gajus
daging kurma/daging gajus
sayur campur
sambal belacan
keropok ikan

ha,inilah menunya.tapi jangan silap faham tau,lauk-lauk tu pilihan je bukan semua sekali.kalau semua sekali alamat tauke besar pun bankrup ler...tak puas hati lagi,ok,boleh tanya kat sini.......

012 2241827 - ju
017 6608467 - sharizan


mai...mai....jgn tk mai.....

Care to comment?


Friday, 9-Oct-2009 13:23 Email | Share | | Bookmark
hari konvokesyen sidang kedua 5 oktober 2009

malam seribu harapan
pingat emas timbalan naib canselor
antara sahabat yang juga mendapat pingat emas
View all 13 photos...
Alhamdulillah...akhirnya,hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.aku telah menantikan hari ini sekian lama.Hari Konvokesyen!!!!!!gembira,bangga,seronok, sedih dan macam-macam perasaan lagi bercampur baur.kami sampai di changloon petang jumaat terus ke Edc utk rehearsal.penat memandu dah tak kira lagi terus menggosok baju utk dinner malam ni.

wah,excitednya...dapat pingat emas tnc lagi....alah,mcm blh buat gadai.hahahaha....aku dah mencuba jubah dan siap bergambar di sekitar UUM.perghhhhhh....semua tempat yang aku teringin nak bergambar terus kami pergi.maka,kami anak beranak berposing sakan la...ni la bahagian yang aku dapat setelah bersengkang mata,berjuraian air mata,ditikam belakang dan macam-macam lagi.aku hanya ada Allah Taala,keluarga dan beberapa kerat sahabat.tapi inilah namanya perjuangan...

jika dulu selepas stpm aku cukup frust tak dapat ke mana-mana,rupanya ada hikmahnya.Allah gantikan yang lebih baik buat aku.jika tidak tak mungkin aku boleh berjaya sehingga ke tahap ini.dengan anugerah dekan setiap semester dan mendapat first class lagi.sekalipun aku hanya berpeluang ke universiti pada usia yang lewat berbanding rakan-rakan stpm 92' tapi aku cukup bangga kerana inilah hasil usaha aku dan dengan izin Allah jua.Ya Allah,betapa besarnya rahmat Mu,aku bersyukur yang teramat sangat.tiada ayat dan perkataan yang lebih sesuai dan baik untuk dilafazkan kecuali alhamdulillah dan subhanallah....


Care to comment?


Thursday, 8-Oct-2009 08:28 Email | Share | | Bookmark
sahabat-sahabat vs student-student KUIS

ustaz nasihun ajar pe tu?ooo..mat rempit!!!
khusyuknya hadi...baik2 masuk lalat dlm mulut tu.
gelak ke serius tu?
View all 4 photos...
ni le muka-muka pejuang yang tak kenal jemu dan penat lelah.beberapa minggu bersama mereka seronok juga dapat berkongsi ilmu dan pengalaman.walaupun penat kerana keje 7 hr seminggu tapi berbaloi kerana banyak yang dapat dipelajari dan dialami.

kelakar juga time mereka mikro teaching.macam-macam gaya dan rupa ada.mengeletar lah,takut lah suma ada.yang bestnya ustaz zulqaria.dia ni diam2 jer tp time mikro dia yg paling kelakar.aduaaaiii,meleleh air mata gelakkan dia.hahahaha...beza antara hukum tajwid tapi punya la kona baring..last...last..baru sampai maksudnya...

tengok pe tu???

Care to comment?


Thursday, 24-Sep-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
ramadhan dan syawal

sesi potong memotong,jaga2 jgn terpotong jari
cikgu syukur chef yang termasyhur
majlis khatam al-quran
View all 5 photos...
dah lama tak update fp ni....buzy sangat2....
ramadhan dah berlalu...kami sesi petang smk taman dato harun sibuk membuat bubur lambuk sempena majlis khatam al-quran.waa...bukan main seronok lagi budak2 yang menengoknya...

syawal juga menjelma,beraya di perak dulu sebelum kembali ke selangor.raya kali ni yang terasa meriahnya,mana taknya beraya dengan gaji dah dalam tangan dan berkumpul pula dengan adik beradik lagi terasa seronoknya.alhamdulillah,kami dapat bersama lagi pada tahun ini tetapi tahun depan belum tentu lagi.ahlan wa sahlan ya syawal,selamat tinggal ramadhan moga umur panjang dapat bertemu lagi.

Care to comment?


Friday, 12-Jun-2009 08:41 Email | Share | | Bookmark
cuti sekolah dah habis....

exam sdg berjln
wajah2 guru dedikasi smk dato harun
tengok pe tu?
View all 7 photos...
emmmm...2 minggu cuti tak terasa apa pun...mcm tak cuti aje..aduhai, masa belajar dulu tak le terasa penat sangat.penat tu memang la tapi lain bila penat dah keje ni...
baru posting 2 minggu,terus cuti 2 minggu...aku dapat sekolah yg jauh dari rumah.90 km beb p balik...dengan tol sehari pergi balik sekurang-kurangnya rm6 sehari lum campur minyak lagi yg bakal naik tak lama lagi....jem dan sampai umah dah malam..duit cola aku habis kat tol dan minyak saja.. masa ni entah mana la org kpm / jpn yg sudi mendengar keluhan guru seperti aku ni...

smk taman dato'harun,petaling jaya.cikgu-cikgunya ok,pengetua pun ok tapi jauh dan jem dari rumah ke sekolah...aku buat rayuan mohon dapat sekolah yang dekat sikit,tapi apa kata orang JPN Selangor...?..ala cikgu,mujur dapat situ,dibuatnya kena antar ke sabak bernam kan susah...dari penang ke sabak bernam jauh tu...
aduhai...tuan,aku ni ibarat bola yg ditendang-tendang oleh orang jabatan!!!!!!!
mcm la aku ni baru pertama kali bertugas di negeri Selangor yang bertuah ni,baru nak kenal jalan atau daerah...helllo....maaf banyak2 ye tuan,saya ni dah lebih 6 thn ngajar di selangor...emm...masa ni la aku terasa alangkah malangnya para guru yang sesenang dan sesuka hati pegawai2 jpn nak cakap pe pun and buat pe pun pada mereka....tu belum lagi layanan masam mencuka di satu kaunter jpn selangor...boleh buat asam boi atau asam gelugor lagi...hehehe...

ha...sal sekolah plak,so far so good...ni le satu cabaran buat aku...latar belakang family yg berbeza dan suasana kehidupan yg serba mencabar menghasilkan pelajar2 yang agak kurang disiplin dan kemahuan pelbagai...mereka seakan sukar menetapkan matlamat,apatah lagi bila ditanya cita-cita,mcm tak ada jalan hidup yang hendak dicapai..

inilah satu amanah yang terpikul atas bahuku kini....moga Allah menguatkan hati dan memberikan aku kesabaran yang lebih bagi menghadapi kerenah anak2 didikku...amin...kepada para guru di luar sana yang senasib dengan diriku, bersabarlah moga ada hikmahnya...pe lagi leh ckp,ye tak????


Care to comment?


Saturday, 16-May-2009 15:45 Email | Share | | Bookmark
kisah adilah sofy ismail

kawan baik alya afikah azizan
dgn kwn2 yg masuk pertandingan
dgn ustazah zira dan ustazah aishah
View all 6 photos...
saya ada seorang kawan iaitu nur alya afikah azizan.kami bersekolah di sekolah yang sama dan kelas yang sama.saya suka berkawan dengan alya kerana dia seorang yang baik hati,suka menolong dan paling penting saya memang suka berkawan dengan dia.alya juga seorang yang rajin,dialah kawan sejati saya.walaupun,saya sudah berpindah tetapi saya berharap saya dan alya akan terus bersahabat walaupun kami berjauhan.

saya juga ada masuk pertandingan hafazan peringkat daerah kubang pasu,kedah ketika bersekolah di kelas kafa uum.ada beberapa surah yang mesti dihafal.saya tak sangka yang saya akan berjaya dan mendapat tempat kedua....terima kasih mama dan babah atas sokongan.ustazah zira juga banyak membantu saya.terima kasih.

kak yusmalailey ni baik hati.dia selalu menjaga kami ketika mama terpaksa ikut program.kak yus ni rajin tau,dia sangat kreatif,dia pandai membuat penanda buku dan macam-macam lagi.oo yea,kak yus ni suka sangat makan mangga muda,eiii..masam..lepas ni kami akan merindui kak yus lagi.
[code]

kakak,kawan elok2 dgn alya yer. Sat 16-May-2009 16:16
Posted by:mama
Salam Perkenalan...
Senang2 singgah la page saya
http://mizzekram.fotopages.com
Mon 18-May-2009 01:02
Posted by:Emy emyyuzreena85@gmail.com  - [Link]
kekeke! ni gambar kat kedah kan? mn gambo kwn kakak sopy kat putrajaya? Sun 7-Jun-2009 13:37
Posted by:taiko  - [Link]
Add comment


Saturday, 16-May-2009 14:36 Email | Share | | Bookmark
selamat hari guru !!!

guru tetap guru.
walau di mana dia berada,dia tetap seorang pendidik..
pewaris negara
hari ni hari guru..bertalu-talu sms diterima mengucapkan selamat hari guru.terima kasih buat kak fauziah penang,kak nik,kak fidah,ashota,aslina,athi,shikin,kak cik,kak ariati,maslina,bahari,imah,haizul,kak azlin,miza,sountra dan zakiah sarawak atas ucapan yang dihantar.juga buat anak murid tersayang yang masih mengingati cikgu..nor wahidah,syazwin,julaiha dan fatin zalika.angah yang selalu tak lupa hari dan ame yang mengingati kak long ni...

buat semua guru,jadilah guru yang berdedikasi dan sentiasa berusaha memberi ruang kepada anak-anak didik menjadi diri sendiri.tidak mementingkan diri dan paling penting ikhlas dalam menjalankan tugas tanpa niat lain di sebaliknya. keikhlasan itu pasti ada ganjarannya,Allah tahu apa yang kita lakukan.....!!!akhirnya hayatilah sajak usman awang ni...
Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Care to comment?


Thursday, 30-Apr-2009 13:08 Email | Share | | Bookmark
uum kami tinggalkan

rumah kami di kolej maybank
pintu gerbang uum
mama pun nak posing juga..
View all 12 photos...
Alhamdulillah..setelah hmpir 3 tahun pengajian ini,maka berakhirlah musim serba rasa.. uum kami tinggalkan..banyak suka duka asam garam yg ditempuhi.gembira tak terkata bila semua ni selesai,kami kembali bersatu sebagai sebuah keluarga...kata sofy ler...hehe...pasni bile plak aku nak jadi student balik.tapi sofy dah cakap..mama belajar kat upm je la.dekat dgn umah.insyaallah aku sambung di sana sajala,tak larat nak berjauhan dah...

uum kami tinggalkan,bumi sintok masih mcm tu tetap menerima dan menangisi pemergian penghuni-penghuninya...datang dan pergi tanpa disedari...tapi yang pasti terlalu banyak yg aku belajar di sini,makna sebenar kehidupan.susah payah menggali ilmu mendaki ke puncak.terlalu banyak onak diri yang perlu aku harungi.syukur alhamdulillah,Allah sentiasa menjadi tempat aku mengadu.buat mak,abah,angah,ana,syuk,ame dan bilah terima kasih atas segala sokongan.pengorbanan dan sokongan kalian paling aku hargai.juga buat suami tercinta terima kasih segalanya,tiada kata yang paling indah dapat ku ungkapkan melainkan terima kasih tidak terhingga.kejayaan yang ku miliki takkan berjaya andai tiada sokongan semua...

congratulation, and celebration..nanannanaa....congrats for the 3.75 ke result pmk ko long? hebat trus kn ke phd la apa lagi! Sun 7-Jun-2009 13:40
Posted by:taiko  - [Link]
Add comment


Tuesday, 21-Apr-2009 15:22 Email | Share | | Bookmark
hari konvokesyen uum awal thn

adik,jual bunga ke..
2 2 jual bunga?
eiiii...mama pun sama,jual bunga ke?
View all 6 photos...
aduhai....bestnya bila tengok org terima ijazah ni...hujung tahun ni ada rezeki turn aku pula...hari yg dinanti-nantikan oleh warga uum utk shopping sakan.aku pun sama ler...hehe...

kami tolong member yg buka gerai,pe lagi sofy dan syifa' sibuk ler nak ikut sekali...ooo ye...ada orang kirim bunga lagi...saper ye...tengok je la....

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.